ALSA Malaysia Online
Kejohanan Futsal ALSA UiTM Open 2014 adalah merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh pihak ALSA UiTM pada 4 Mei yang lalu dan bertempat di Pusat Sukan, UiTM Shah Alam. Program yang telah mendapat sokongan dan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk dari pelajar universiti dan fakulti luar itu telah bermula pada kira-kira pukul lapan pagi. Pertandingan ini telah mendapat sambutan baik apabila menerima penyertaan sejumlah sebelas pasukan dengan kekuatan lapan orang pemain bagi setiap pasukan. Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta bagi memudahkan urusan pemberian hadiah serta sijil. Selepas menikmati sarapan yang telah disediakan, wakil setiap peserta diberikan taklimat ringkas oleh ketua program akan perjalanan program. Setiap pasukan dimaklumkan dengan jelas akan jadual perlawanan. Sejurus itu, para peserta bersama-sama melakukan aktiviti regangan badan untuk mengelakkan sebarang kecederaan semasa perlawanan. Peserta sebelum itu telah dibahagikan kepada dua pasukan iaitu peserta untuk kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A merangkumi peserta seperti Ketom FC, Lacos FC, UM Law, Northern Lion, Assam Keping FC dan Cempaka Cougars manakala Kumpulan B disertai oleh Union FC, Cincai FC, The Killers, Pegaga Streets FC serta Kuantanamela FC. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah supaya program dapat dijalankan dengan lebih ringkas dan lancar di mana peserta-peserta kumpulan akan bertanding di dua gelanggang yang berbeza pada masa yang sama. Kejohanan telah dimulakan dengan perlawanan di antara Cempaka Cougars melawan UM Law di gelanggang A. Pada masa yang sama, di gelanggang B, perlawanan dimulakan oleh pasukan The Killers melawan Union FC. Secara total, sebanyak 25 perlawanan antara 11 pasukan telah berlangsung bagi pusingan kelayakan. Hanya pasukan The Killers, Ketom FC, Cempaka Cougars, dan Assam Keping FC telah Berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Perlawanan sengit telah berlangsung di antara keempat-empat pasukan ini yang menyaksikan pasukan The Killers dan Assam Keping FC Berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir. Keputusan akhir telah merekodkan kemenangan berpihak kepada pasukan The Killers, manakala pasukan Assam Keping FC menjadi naib johan. Pasukan Cempaka Cougars pula hanya berada di tempat ketiga dan Ketom FC di tempat ke-empat. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil buat para pemenang yang telah disampaikan oleh Presiden ALSA Malaysia sendiri, iaitu, saudara Azfarsyah. Peserta kemudiannya mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama sebelum majlis berakhir dengan rasminya pada pukul enam petang.
0 Comments
Leave a Reply. |
ALSA MalaysiaThe latest news and events happening around ALSA Malaysia. Archives
May 2014
Categories
All
|